powered by www.confbay.com

Important Dates (GMT +8:00)

  1. Abstract Deadline: 17 August 2018
  2. Abstract Acceptance Notification: 17 August 2018
  3. Full Paper Deadline: 17 August 2018
  4. Acceptance Notification: 21 August 2018

Announcement

Persidangan Kebangsaaan Ekonomi Malaysia Ke-13, 2018


Penghantaran kertas kerja penuh dilanjutkan ke 13 Ogos 2018

PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI MALAYSIA KE-13, 2018(PERKEM KE-13)
"Menggarap Cabaran Revolusi Industri 4.0 Menuju Negara Berpendapatan Tinggi"


PENGENALAN

Revolusi perindustrian pertama dunia bermula pada tahun 1769 sehingga tahun 1830. Penciptaan enjin berkuasa wap merupakan elemen penting dalam menrancakkan proses pengeluaran berskala besar di negara-negara Eropah. Bermula tahun 1870, kuasa elektrik mula menjadi sumber tenaga baru yang mencetus revolusi perindustrian kedua. Pada era tahun 2000, perkembangan penggunaan komputer dan teknologi maklumat dalam proses pengeluaran telah mengubah lanskap perniagaan seluruh dunia. Dunia perindustrian terus berkembang mengikut arus semasa sehinggalah lahirnya penggunaan robotik, automasi, data raya, integrasi sistem dan Internet of Thing (IoT) dalam perubahan dan kemajuan ekonomi dunia moden. Ini merupakan titik tolak kepada tercetusnya Revolusi Perindustrian keempat (RI 4.0).

Dalam era ini, setiap penduduk di dunia berhubung melalui peranti mudah alih dan akses pada maklumat. Ini susulan daripada RI 4.0 yang mempunyai halaju, skop dan sistem berbeza dalam mencorakkan perubahan cara pembuatan keputusan, kaedah pengeluaran dan urus tadbir. Ia juga telah menjadi salah satu faktor yang mengubah stuktur setiap industri sedia ada di setiap negara dengan sangat pantas. Malaysia yang mempunyai matlamat ke arah negara maju tidak terkecuali menerima kesan langsung daripada RI 4.0 ini. Sebagai sebuah negara yang ekonominya berasaskan sumber alam semulajadi, perkembangan RI 4.0 yang pantas boleh menggugat perkembangan ekonomi negara jika sektor ekonomi tidak bersedia untuk menerima perubahan arus kemodenan ini.

Justeru, pihak kerajaan telah melaksanakan pelbagai dasar dan strategi untuk membentuk masa depan Malaysia ke arah wawasan 2020 untuk mencapai negara berpendapatan tinggi serta beraspirasikan rakyat. Dalam hal ini, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui PERKEM mengambil inisiatif untuk menyediakan satu platform sumbang saran bagi setiap pemegang taruh seperti ahli akademik, penyelidik, pembuat dasar dan pemain industri. PERKEM merupakan pentas terbaik untuk semua pihak  berbincang dan berkongsi idea bagi mencari resolusi dalam mendepani cabaran RI 4.0 demi merealisasikan impian dan cita-cita Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi. 

Fokus Seminar

Aspek yang akan menjadi fokus perbincangan persidangan merangkumi tiga aspek penting yang menjadi tunjang seminar kali ini iaitu, pertumbuhan ekonomi yang holistik, pertumbuhan inklusif dan kelestarian pembangunan dalam menyokong RI 4.0 ke arah negara berpendapatan tinggi. Bertunjangkan tiga aspek penting tersebut, PERKEM 13 meneruskan kelangsungan dengan menyediakan platform pertemuan kepada semua pihak termasuk para penyelidik, pentadbir, pelaksana dasar, pihak swasta dan semua pihak yang berminat untuk sama-sama berbincang dan berkongsi ilmu dalam memperkukuhkan lagi dasar dan program pembangunan negara.

Penghantaran kertas kerja tidak terhad kepada topik di bawah;
•    B40, Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan Masyarakat
•    Pembangunan Kemahiran dan Latihan Sumber Manusia
•    Ekonomi dan Kewangan Islam
•    Zakat, Wakaf  dan Dana Khalayak
•    Perlindungan dan Keselamatan Sosio Pekerja dan Persaraan
•    Kelestarian Fiskal dan Kewangan
•    Integrasi Ekonomi dan Perdagangan Antarabangsa
•    Ekonomi Pelancongan dan Alam Sekitar

Ucaptama dan Diskusi Panel

Menteri Hal Ehwal Ekonomi dan jemputan YTI


Peluang Penerbitan

Semua kertas kerja yang dihantar akan dinilai oleh jawatankuasa penilai mengikut kepakaran yang sesuai. Kertas kerja yang telah dinilai akan diterbitkan dalam bentuk:
1.    kertas kerja persidangan.
2.    prosiding persidangan (ISSN).
3.    bab dalam buku (terbitan penerbit tersohor).
4.    Jurnal Ekonomi Malaysia, Jurnal Pengurusan dan Asian Journal of Accountancy and Governance (artikel persidangan terpilih).

Garis Panduan Penulisan Kertas Kerja

Para penulis perlu mematuhi garis panduan seperti berikut:
•    Abstrak tidak melebihi 150 patah perkataan
•    Kertas kerja penuh tidak melebihi 15 mukasurat
•    Ditulis dalam Times New Roman, saiz huruf 12 dan langkau sebaris
•    Panduan penuh penulisan dan format kertas kerja boleh dicapai di Confbay dan laman web PERKEM ke-13 2018
•    Kertas kerja boleh ditulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
•    Abstrak perlu ditulis dalam dwi-bahasa, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
•    Abstrak dan kertas kerja penuh perlu dihantar secara online melalui sistem Confbay dalam format Microsoft Word.

Semua kertas kerja tertakluk kepada proses penilaian awal


Sila hubungi:


Sekretariat PERKEM ke-13 2018
Pusat Pengajian Ekonomi
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi Selangor

No. Telefon: 03-89214623/5731/5748/4488
Faks: 03-89213162
Emel: perkemppe@gmail.com


a) Ekonomi Islam

b) Muamalat dan Kewangan Islam

c) Ekonomi Pembangunan dan Pembangunan Wilayah

d) Ekonomi Monetari, Kewangan dan Perbankan

e) Ekonomi Buruh dan Sumber Manusia

f) Ekonomi Sumber dan Alam Sekitar

g) Ekonomi Antarabangsa dan Perdagangan Antarabangsa

h) Ekonomi Pelancongan

i) Ekonomi Jenayah

j) Ekonomi Kesihatan

k) Ekonomi Pengangkutan

l) Ekonomi Maklumat

m) Isu-isu terkini dalam ekonomidan lain-lain.

Normal 0 false false false EN-GB X-NONE X-NONE