powered by www.confbay.com

Important Dates (GMT +8:00)

  1. Abstract Deadline: 31 October 2019
  2. Abstract Acceptance Notification: 31 October 2019
  3. Full Paper Deadline: 1 November 2019
  4. Acceptance Notification: 8 November 2019
  5. Camera-ready Paper Deadline: 15 November 2019
  6. Early Bird Deadline: 6 October 2019
  7. Participant Registration Deadline: 31 October 2019
  8. Payment Deadline: 15 November 2019

Announcement

Persidangan Kebangsaaan Ekonomi Malaysia Ke-14, 2019

6 - 7 Disember 2019

PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI MALAYSIA KE-14, 2019(PERKEM KE-14)

"Mewujud Integriti dan Mengekalkan Inklusiviti dan Kelestarian dalam Lanskap Ekonomi Baharu Malaysia"


PENGENALAN

Perubahan pentadbiran negara diramal turut merubah lanskap ekonomi Malaysia. Halatuju ekonomi dijangkakan turut berubah selaras dengan visi dan misi kerajaan baru. Namun, sebarang perubahan ekonomi yang berlaku mestilah membawa kepada kehidupan yang lebih baik dan makmur dalam membentuk iklim ekonomi dan politik negara yang lebih kondusif, stabil dan berintegriti. Malaysia adalah sebuah negara membangun berstatus upper middle income dan pernah disasarkan untuk menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Realitinya, sasaran ini sukar untuk direalisasikan berdasarkan iklim ekonomi dunia semasa amnya dan domestik khususnya. Ekonomi Malaysia seperti diakui ramai pakar ekonomi kini telah tergelincir dari landasan yang sepatutnya dilalui. Keruntuhan integriti dalam pentadbiran telah menghakis darjah keyakinan pelabur domestik dan antarabangsa untuk terus melabur dan melebarkan perniagaan mereka sekaligus mengekang akses dan peluang ekonomi yang lebih inklusif kepada rakyat. Penyusutan nilai Ringgit Malaysia, kejatuhan harga komoditi utama, peningkatan kos kehidupan dan peningkatan jurang ketaksamaan pendapatan sebahagian besar rakyat adalah antara impak ketara dari ketidakstabilan lanskap ekonomi negara.

Keutuhan, kestabilan dan kelestarian ekonomi negara memerlukan sebuah kerajaan yang berintegriti dan bebas rasuah. Kerajaan yang berintegriti, bersih, sensitif dan peka terhadap isu ekonomi terutama yang membabitkan kebajikan rakyat akan berusaha untuk mewujudkan lanskap ekonomi yang kondusif, mesra pelabur dan rakyat.  Ini seterusnya akan merangsang akses dan peluang ekonomi yang lebih baik kepada penduduk, serta berupaya mendorong pertumbuhan dan pembangunan ekonomi yang lebih inklusif dan mapan. Kerajaan perlu berusaha keras untuk meletakkan ekonomi negara ke landasan yang betul. Hala tuju dan dasar pembangunan ekonomi negara yang holistik, inklusif dan mapan perlu dirangka dan dilaksanakan bagi menjamin kemakmuran ekonomi dan kebajikan rakyat dapat diwujud semula dan dipertahankan. Menjadikan Malaysia sebagai antara Harimau Asia yang dikagumi dan disegani hanya boleh direalisasikan oleh sebuah kerajaan yang berintegriti dan bersih rasuah.


Pelbagai usaha telah dan sedang dilakukan oleh kerajaan untuk memastikan kestabilan ekonomi dan merealisasikan hasrat dan keinginan rakyat untuk menikmati kehidupan yang baik sesuai dengan visi dan misi kerajaan. Kerajaan memerlukan kombinasi idea-idea terbaik untuk diterjemahkan kepada dasar dan pelan pembangunan yang inklusif dan mapan bagi merealisasikan halatuju Malaysia. Dalam hal ini, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui PERKEM SID 2019 mengambil inisiatif untuk menyediakan satu platform sumbang saran bagi setiap pemegang taruh seperti ahli akademik, penyelidik, pembuat dasar dan pemain industri. PERKEM SID 2019 merupakan gelanggang terbaik untuk semua pihak  berbincang dan berkongsi idea secara ilmiah bagi mencari resolusi dalam mendepani cabaran getir yang sedang di lalui Malaysia dalam persekitaran lanskap ekonomi baharu.  

Fokus Persidangan

Integriti, Inklusiviti dan Kelestarian dalam pentadbiran kerajaan dan pertumbuhan dan pembangunan ekonomi Malaysia adalah tiga aspek utama yang menjadi fokus PERKEM SID 2019. Secara lebih terperinci PERKEM SID 2019 akan mengupas secara terperinci ramuan yang diperlukan bagi mewujudkan dan mengekalkan kerajaan yang berintegriti, dan pertumbuhan dan pembangunan ekonomi yang inklusif dan lestari dalam lanskap Malaysia Baharu. PERKEM SID 2019 akan meneruskan kelangsungan dengan menyediakan platform pertemuan kepada semua pihak termasuk para ilmuan, penyelidik, pentadbir, pelaksana dasar, pihak swasta dan semua pihak yang berminat untuk sama-sama berbincang dan berkongsi ilmu dan idea dalam memperkukuhkan lagi dasar dan program pembangunan negara. Matlamat akhir penganjuran PERKEM SID 2019 adalah untuk mengemukakan resolusi dan cadangan konkrit kepada Kerajaan bagi mengembalikan ekonomi Malaysia di landasan yang betul seterusnya mewujudkan dan mengekalkan  integriti, inklusiviti dan kelestarian dalam lanskap ekonomi Malaysia Baharu.
 
Penghantaran kertas kerja PERKEM SID 2019 adalah memfokus kepada topik berikut;
•    Integriti dan Rasuah dalam Sistem dan Jentera Pentadbiran Kerajaan dan Kakitangan Awam Malaysia
•    Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat – Kemiskinan, Ketaksamaan Pendapatan, Kos Sara Hidup, Gaji/Upah Minimum, Keselamatan Persaraan dll.
•    Pembangunan Modal Manusia dan Modal Sosial Inklusif
•    Kelestarian Fiskal dan Kewangan Kontemporari dan Islam dalam Lanskap Malaysia Baharu
•    Integrasi dan Inklusiviti Ekonomi, Pelaburan dan Perdagangan Antarabangsa
•    Kelestarian dan Inklusiviti Ekonomi Sumber Asli dan Alam Sekitar


Peluang Penerbitan

Semua kertas kerja yang dihantar akan dinilai oleh jawatankuasa penilai mengikut kepakaran yang sesuai. Kertas kerja yang telah dinilai akan diterbitkan dalam bentuk:
1.    Kertas kerja persidangan.
2.    Prosiding persidangan (ISSN).
3.    Bab dalam buku (terbitan penerbit tersohor).
4.    Jurnal Ekonomi Malaysia, Jurnal Pengurusan dan Asian Journal of Accountancy and Governance (artikel persidangan terpilih).


Garis Panduan Penulisan Kertas Kerja

Para penulis perlu mematuhi garis panduan seperti berikut:
•    Abstrak tidak melebihi 150 patah perkataan
•    Kertas kerja penuh tidak melebihi 15 mukasurat
•    Ditulis dalam Times New Roman, saiz huruf 12 dan langkau sebaris
•    Panduan penuh penulisan dan format kertas kerja boleh dicapai di Confbay dan laman web PERKEM ke-13 2018
•    Kertas kerja boleh ditulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
•    Abstrak perlu ditulis dalam dwi-bahasa, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
•    Abstrak dan kertas kerja penuh perlu dihantar secara online melalui sistem Confbay dalam format Microsoft Word.

Semua kertas kerja tertakluk kepada proses penilaian awal


Sila hubungi:


Sekretariat PERKEM ke-14 2019
Pusat Pembangunan Inklusif dan Lestari (SID)
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi Selangor

No. Telefon: 03-89214623/5731/5748/4488
Faks: 03-89213162
Emel: perkemppe@gmail.com


a) Ekonomi Islam

b) Muamalat dan Kewangan Islam

c) Ekonomi Pembangunan dan Pembangunan Wilayah

d) Ekonomi Monetari, Kewangan dan Perbankan

e) Ekonomi Buruh dan Sumber Manusia

f) Ekonomi Sumber dan Alam Sekitar

g) Ekonomi Antarabangsa dan Perdagangan Antarabangsa

h) Ekonomi Pelancongan

i) Ekonomi Jenayah

j) Ekonomi Kesihatan

k) Ekonomi Pengangkutan

l) Ekonomi Maklumat

m) Isu-isu terkini dalam ekonomidan lain-lain.

Normal 0 false false false EN-GB X-NONE X-NONE