powered by www.confbay.com

Important Dates (GMT +8:00)

  1. Abstract Deadline: 14 October 2021
  2. Abstract Acceptance Notification: 14 October 2021
  3. Full Paper Deadline: 3 November 2021
  4. Acceptance Notification: 4 November 2021
  5. Camera-ready Paper Deadline: 5 November 2021
  6. Early Bird Deadline: 30 September 2021

Announcement

PERKKS 21

Persidangan Kependudukan Kebangsaan 2021

The conference organizer is cordially invites academics, practitioners, scholars, researchers, policy makers of any government to present their papers in PERKKS 21.


Papers should be submitted through online and will be blind reviewed by two reviewers. We are also welcome and highly encourage postgraduates students to present their research proposal or literature review or findings or issues in this conference.


Papers may address, but not restricted to, the main theme from any of the sub-themes as depicted in the website. Unlisted but related sub-topics are also acceptable.

PENDAFTARAN DAN PENGHANTARAN KERTAS KERJA

Untuk


 

Persidangan Kependudukan Kebangsaan 2021 (PERKKS 21)

16-17 November 2021

(dilanjutkan dari 1 hari ke 2 hari)

Persidangan atas Talian


LATAR BELAKANG

Menyedari akan kepentingan kependudukan dan kekeluargaan di Malaysia, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui agensinya Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) akan menganjurkan persidangan kependudukan kebangsaan 2021, bersempena sambutan Hari Penduduk Sedunia 2021. Selain membincangkan isu semasa dan cabaran dinamik penduduk dan keluarga, penganjuran persidangan memberi peluang kepada para penyelidik untuk membentangkan hasil penyelidikan mereka serta mengusulkan cadangan penambahbaikan terhadap polisi dan dasar sedia ada.

Sejak tahun 2006, penganjuran persidangan kependudukan telah diadakan setiap tahun mengikut tema dan bidang penyelidikan yang ditentukan. Bagi penganjuran kali ini, tema yang telah dipilih untuk Persidangan Kependudukan Kebangsaan 2021 (PERKKS 21) ialah Penduduk dan Keluarga Berkualiti, Pemangkin Pembangunan Lestari. Lima (5) bidang utama akan diulas pada persidangan ini meliputi (i) Kependudukan dan Kesihatan Reproduktif; (ii) Keluarga dan Cabaran Norma Baharu; (iii) Belia, Produktiviti, Penyelidikan dan Pembangunan; (iv) Kesaksamaan Gender, Ekuiti dan Pemerkasaan Wanita; dan (v) Keselamatan Pemakanan, Nutrisi dan Perubahan Iklim. 5 bidang utama ini dipilih bersesuaian dengan hasrat LPPKN untuk mewujudkan platform bagi para penyelidik dan penggubal dasar berkongsi penemuan baru mengenai isu, cabaran serta penyelesaian mengenai demografi dan perubahan dinamik kependudukan pada masa kini dan akan datang seterusnya dijadikan sebagai input utama dalam pengubalan dasar dan pembangunan program intervensi.


OBJEKTIF

Objektif utama penganjuran persidangan ini ialah:

1.    Untuk membincangkan isu dan cabaran dinamik penduduk serta hubungkait dengan pembangunan negara serta mengupas isu-isu utama kependudukan di Malaysia; dan

2.    Untuk menyediakan platform bagi para akademik dan penyelidik membentangkan hasil penyelidikan dalam bidang berkaitan kependudukan dan kekeluargaan dan menghasilkan usul-usul cadangan yang boleh diketengahkan;


TEMA

“Penduduk dan Keluarga Berkualiti, Pemangkin Pembangunan Lestari”


SKOP ATAU BIDANG PERSIDANGAN

Kependudukan dan Kesihatan Reproduktif

Penduduk Malaysia diunjurkan meningkat daripada 28.6 juta orang pada tahun 2010 kepada 41.5 juta pada tahun 2040. Namun begitu, peningkatan jumlah penduduk sebenarnya adalah perlahan dengan kadar pertumbuhan penduduk tahunan dijangka akan terus menurun daripada 1.8 peratus pada tahun 2010 kepada 0.8 peratus pada tahun 2040 dengan pengurangan sebanyak 0.05 peratus setiap tahun. Ini disumbangkan oleh kadar kesuburan penduduk yang semakin menurun kesan kemajuan ekonomi dan pemodenan negara. Turut menyaksikan perubahan adalah peningkatan jangka hayat penduduk tua kesan kemajuan perkhidmatan kesihatan di Malaysia. Kedua-dua senario ini bakal menjadikan Malaysia terdiri daripada lebih ramai warga tua dan diunjurkan akan menjadi negara tua menjelang 2030.

Walaupun unjuran populasi penduduk bandar di Malaysia dijangka terus meningkat daripada 77.2 peratus pada 2020 kepada 87.3 peratus menjelang tahun 2050, namun Laporan Survei Migrasi 2018 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pula menyatakan kadar migrasi dari bandar ke luar bandar telah meningkat sebanyak 19.5 peratus pada 2018 berbanding 4.2 peratus pada 2016, manakala kadar migrasi dari luar bandar ke bandar bagi 2018 menurun kepada 4.8 peratus berbanding 15.2 pada 2016. Pertumbuhan perbandaran yang pesat tanpa perancangan yang rapi bakal membawa kepada pelbagai isu seperti kepadatan penduduk, kemudahcapaian kepada pengangkutan awam, penyediaan perumahan, bekalan air dan elektrik dan sebagainya. Untuk itu, adalah penting agar dinamika aliran migrasi diambilkira dalam merangka perancangan dan pembangunan negara yang mampan.

Pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial merupakan asas kukuh kepada perkembangan serta pembangunan insan yang sihat, berakhlak mulia dan saling hormat-menghormati. Rakyat Malaysia hari ini secara umumnya adalah lebih sihat dan lebih produktif. Tahap kesihatan menyeluruh yang tercapai merupakan salah satu petunjuk kejayaan negara. Namun, penularan wabak pandemik COVID-19 pada hari ini telah menyebabkan krisis kepada sistem kesihatan awam negara yang turut merangkumi bidang kesihatan seksual reproduktif. UNFPA menganggarkan bahawa tempoh enam (6) bulan di dalam tempoh PKP akan menyebabkan tujuh (7) juta kehamilan yang tidak dirancang di seluruh dunia.


Keluarga dan Cabaran Norma Baharu

Sejak pandemik COVID-19 mula melanda, bencana ini telah merubah hampir keseluruhan corak kehidupan masyarakat bukan sahaja di Malaysia, malah seluruh dunia. Krisis COVID-19 telah menyebabkan pihak kerajaan Malaysia melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac 2020, dan masyarakat, khususnya golongan yang berisiko disarankan untuk kekal berada di rumah dan mengutamakan keselamatan dan kesihatan diri. Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Dato’ Muhyiddin Yassin dalam ucapannya juga menyebut bahawa masyarakat kini perlu menyesuaikan diri dengan “norma baharu” seperti sentiasa memakai pelitup mulut dan hidung, menjaga penjarakan fizikal, mengelakkan dari mengadakan sebarang perhimpunan besar-besaran, tidak bersesak di kawasan awam dan mengamalkan penjagaan kesihatan kendiri kerana pandemik ini amat berbahaya dan pakar kesihatan berpendapat ia mampu merebak untuk suatu jangka masa yang lama.

Walaubagaimana pun dari perspektif keluarga, PKP dilihat mampu mewujudkan ruang dan peluang bagi ahli keluarga untuk memperbaiki hubungan selain memahami dengan lebih baik antara satu sama lain kerana sebahagian besar ahli keluarga akan kekal berada di rumah. Namun, setelah lebih setahun wabak COVID-19 melanda, ditambah ketika negara kini sedang berhadapan gelombang ketiga pandemik, kehidupan “norma baharu” dilihat mula memberi kesan dari pelbagai aspek kehidupan terutama institusi kekeluargaan. Lebih membimbangkan, masyarakat dilihat mula mengalami keletihan pandemik (pandemic fatigue) selepas hampir setahun ‘berperang’ dengan virus serta menyesuaikan diri dengan amalan hidup norma baharu.


Belia, Teknologi, Penyelidikan dan Pembangunan

Belia merupakan antara komponen terpenting dalam usaha ke arah pembangunan negara maju. Pelaburan dalam pembangunan belia akan memastikan sumber tenaga kerja negara berkemahiran tinggi seterusnya menyumbang kepada pemodenan pelbagai bidang khususnya penyelidikan dan pembangunan, pendidikan, sains dan teknologi, komunikasi dan pengangkutan. Potensi belia amatlah besar sebagai pelopor kepada Revolusi Perindustrian 4.0 dan teknologi disruptif.

Cabaran terbesar dalam Industri 4.0 ialah kebanyakan kerja akan diambil alih oleh mesin dan robot terutama kerja di bidang perkhidmatan. Ini akan mengurangkan peluang kerja di kalangan rakyat khususnya belia menyebabkan ramai yang akan mengganggur. Oleh yang demikian, cabaran yang pasti mendatang ini terutamanya kepada para belia haruslah bersedia sepenuhnya bagi menghadapi arus perubahan yang bakal berlaku.


Kesaksamaan Gender, Ekuiti dan Permerkasaan Wanita

Kesaksamaan gender dan pemerkasaan wanita merupakan matlamat kelima yang digariskan dalam Matlamat Pembangunan Lestari (SDG). Pemerkasaan wanita penting bagi menggalakkan penglibatan mereka dalam pembentukan masa depan dan juga pembangunan sosial serta ekonomi negara. Kerajaan mempunyai langkah berterusan dalam memperjuangkan hak wanita dari segi politik melalui Dasar Wanita Negara iaitu membangunkan potensi dan mendayaupayakan wanita dalam semua sektor dan memastikan pandangan dan suara wanita diterima pakai dalam proses membuat keputusan di semua peringkat.

Kerajaan serius dalam hal ini dengan melaksanakan polisi memperkasakan wanita dalam sektor pekerjaan menerusi sasaran 30 peratus penyertaan wanita dalam peringkat membuat keputusan baik di sektor kerajaan dan swasta.


Keselamatan Pemakanan, Nutrisi dan Perubahan Iklim

Malaysia sedang mengalami perubahan penduduk yang pesat dan bilangan penduduk negara dijangka akan meningkat daripada 32.38 juta orang pada tahun 2019 kepada 41.5 juta orang menjelang tahun 2040. Pertambahan penduduk akan merangsang peningkatan pengeluaran makanan dan perubahan diet turut menjadi faktor yang mempengaruhi jaminan bekalan makanan. Antara cabaran yang harus ditangani pada masa kini adalah keseimbangan antara keperluan jaminan bekalan makanan dan jumlah keluasan kawasan pertanian yang terhad serta kesan dari perubahan iklim. Program dan kaedah yang efektif harus dirancang bagi meningkatkan hasil pertanian serta memastikan bekalan makanan adalah mencukupi, berkualiti dan selamat dimakan.

Pada hari ini, suhu bumi meningkat pada kadar berbeza mengikut benua dan kawasan tertentu dan pemanasan sistem iklim bukan perkara kecil yang boleh diabaikan. Perubahan suhu dunia berpunca daripada pemanasan global yang berterusan dengan purata suhu permukaan bumi meningkat lebih 1 darjah celsius sejak era praindustrian, satu penanda aras yang digunakan secara meluas untuk mengukur pemanasan global. Perubahan iklim bukan sahaja memberi tekanan kepada persekitaran malah menjejaskan sistem ekonomi, sosial dan politik. Perubahan terhadap ciri-ciri iklim termasuk suhu dunia, kelembapan, jumlah hujan, angin dan peristiwa cuaca ekstrem telah mula dirasai di seluruh dunia ketika ini dan dijangkan akan bertambah teruk dalam jangka masa panjang.

Kesan negatif perubahan iklim tidak dapat dielakkan lagi sehingga beberapa dekad akan datang dan tindakan mitigasi segera perlu dilaksanakan untuk mengurangkan impak fenomena tersebut. Sehubungan itu, antara langkah terpenting dan paling utama untuk mendesak komuniti global dan masyarakat dunia mengamalkan cara hidup yang lestari atau mesra alam. Perubahan teknologi menerusi inovasi baharu yang lebih mesra alam perlu dilaksanakan bagi menggantikan pendekatan teknologi sedia ada untuk mengurangkan pencemaran gas rumah hijau.


PANDUAN PENGHANTARAN KERTAS KERJA

Arahan Khusus kepada Pengarang

1.    Margin - Manuskrip mesti berada dalam jarak satu, ukuran fon 12 di Times New Roman dan semua margin: 1.5 inci (kiri) dan 1 inci (atas, kanan dan bawah).
2.    Panjang - Manuskrip maksimum 15 halaman (termasuk rujukan, lampiran, jadual dan maklumat grafik).
3.    Jadual - mesti diletakkan sebagai sebahagian daripada teks. JANGAN melampirkan jadual di akhir manuskrip.
4.    Perisian - Manuskrip mesti dihantar dalam bentuk MS Word SAHAJA.
5.    Tajuk - Ditulis dengan huruf besar, bold, saiz 14 dan berpusat.
6.    Pengarang - Nama, alamat, e-mel dan nombor hubungan semua pengarang, fon 12, Times.
7.    Abstrak - antara 250-350 perkataan "Times New Roman" bersaiz 12.
8.    Kata kunci - tidak boleh lebih daripada LIMA kata kunci.
9.    Tajuk / sub-tajuk - Ditulis dengan huruf besar, bold, saiz 12 dan margin kiri.
10.    Jadual / Angka - tajuk jadual / gambar hendaklah ditulis di bahagian atas jadual / gambar. Times New Roman, huruf 12, bold, huruf kecil, berpusat.
11.    Rujukan - Harus ada di bahagian terakhir artikel (sebelum lampiran / lampiran), mengikut urutan abjad, mengikut gaya Persatuan Psikologi Amerika (APA).

Nota: Kertas Kerja dalam Bahasa Melayu atau English sahaja yang diterima


PELUANG PENERBITAN

Prosiding dengan e-ISSN

Kertas kerja terpilih akan diterbitkan dalam Jurnal Berindeks Scopus dan Jurnal Berindeks lain

Kertas kerja yang terpilih berpeluang untuk mendapat geran penerbitan dari UNFPA 


Sebarang pertanyaan dan urusan lanjut boleh hubungi:

Sekretariat Persidangan
Emel: sekretariat.perkks@gmail.com
Tel: +603 8928 0577
Tel Mudah-alih: +6017 – 732 1669 (Mr. Zesdyzar), +6017 – 213 2785 (Ms. Rozie)

Maklumat lanjut: https://mprh.lppkn.gov.my/


DIANJURKAN OLEH

 
Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat


ANJURAN BERSAMA
 

Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya (UM)

United Nations Population Fund (UNFPA)



DENGAN KERJASAMA


 
WMIT Group Sdn Bhd



PENCERAMAH JEMPUTAN


Ucaptama:

Wakil dari United Nations Population Fund (UNFPA) Malaysia


Sesi Plenari:


Kependudukan dan Kesihatan Reproduktif

Panel: YBhg. Dato’ Dr. Narimah binti Awin

Mantan Pengerusi LPPKN


Keluarga dan Cabaran Norma Baharu

Panel: YBrs. En. Hairil Fadzly bin Md Akir

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar),LPPKN


Belia, Teknologi, Penyelidikan dan Pembangunan

Panel: YBhg. Dr. Vellapandian Ponnusamy

Ketua Pegawai Eksekutif, IYRES


Kesaksamaan Gender, Ekuiti dan Pemerkasaan Wanita

Panel: YBhg. Prof. Dr. Sarinah Low binti Abdullah

Timbalan Pengarah Eksekutif, Institut Asia – Eropah, UM


Keselamatan Pemakanan, Nutrisi dan Perubahan Iklim

Panel: YBhg. Dr. Hezri bin Adnan

Pengarah Eksekutif, MIER



REGISTRATION AND SUBMISSION TIPS

1. Registration and submission of abstract, full paper/camera-ready must be done electronically through the online submission system.

2. For First time user, click on the "Registration" menu to create ConfBay Account, and proceed for conference registration by logging in the system. For existing ConfBay user, proceed Login.

3. You must enter a valid email address. All notification will be sent via registered email.

4. If you wish to make submission, please register as "Presenter".

5. Click on "Online Submission" menu to submit your full paper / manuscript, and follow the procedure.

6. Before you proceed to register online, please ensure readiness of the following necessary documents:-

a. For Student - Scanned Copy of Student ID
b. Manuscript - Abstract / Full Paper