powered by www.confbay.com

Important Dates (GMT +8:00)

  1. Abstract Deadline: 17 October 2022
  2. Abstract Acceptance Notification: 17 October 2022
  3. Full Paper Deadline: 29 October 2022
  4. Acceptance Notification: 29 October 2022
  5. Camera-ready Paper Deadline: 29 October 2022
  6. Early Bird Deadline: 30 September 2022

Announcement

PERKKS 22

Persidangan Kependudukan Kebangsaan 2022

The conference organizer cordially invites academics, practitioners, scholars, researchers, policy makers of any government to present their papers in PERKKS 22.


Papers should be submitted through online and will be blind reviewed by two reviewers. We are also welcome and highly encourage postgraduates students to present their research proposal or literature review or findings or issues in this conference.


Papers may address, but not restricted to, the main theme from any of the sub-themes as depicted in the website. Unlisted but related sub-topics are also acceptable.

PENDAFTARAN DAN PENGHANTARAN KERTAS KERJA

Untuk


 

Persidangan Kependudukan Kebangsaan 2022 (PERKKS 22)

10-11 November 2022

Persidangan Fizikal dan Dalam Talian


LATAR BELAKANG

Menyedari akan kepentingan kependudukan dan kekeluargaan di Malaysia, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui agensinya Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) akan menganjurkan Persidangan Kependudukan Kebangsaan 2022 (PERKKS22), bersempena sambutan Bulan Keluarga Malaysia 2022. Selain membincangkan isu semasa dan cabaran dinamik penduduk dan keluarga, penganjuran persidangan memberi peluang kepada para penyelidik untuk membentangkan hasil penyelidikan mereka serta mengusulkan cadangan penambahbaikan terhadap polisi dan dasar sedia ada.

Sejak tahun 2006, penganjuran persidangan kependudukan telah diadakan setiap tahun mengikut tema dan bidang penyelidikan yang ditentukan. Bagi penganjuran kali ini, tema yang telah dipilih untuk Persidangan Kependudukan Kebangsaan 2022 (PERKKS 22) ialah Pemerkasaan Penduduk dan
Keluarga, Teras Negara Maju. Lima (5) bidang utama akan diulas pada persidangan ini meliputi;
i. Kependudukan, Pembangunan Lestari dan Pertumbuhan Ekonomi Inklusif;
ii. Kehidupan Keluarga di Era Endemik;
iii. Wanita, Kesaksamaan Gender dan Kesihatan Reproduktif;
iv. Penduduk dan Kesan Perubahan Iklim & Pemanasan Global; dan
v. Penduduk Muda, Potensi dan Corak Masa Depan Negara.

5 bidang utama ini dipilih bersesuaian dengan hasrat LPPKN untuk mewujudkan platform bagi para penyelidik dan penggubal dasar berkongsi penemuan baru mengenai isu, cabaran serta penyelesaian mengenai demografi dan perubahan dinamik kependudukan pada masa kini dan akan datang seterusnya dijadikan sebagai input utama dalam pengubalan dasar dan pembangunan program intervensi.


OBJEKTIF

Objektif utama penganjuran persidangan ini ialah:

1.    Untuk mengupas dan membincangkan isu dan cabaran dinamik penduduk semasa serta hubungkait dengan pembangunan negara;

2.   Untuk menyediakan platform bagi para akademik dan penyelidik untuk membentangkan hasil penyelidikan dalam bidang berkaitan kependudukan dan kekeluargaan serta menghasilkan usul-usul cadangan yang boleh diketengahkan


TEMA

“Pemerkasaan Penduduk dan Keluarga, Teras Negara Maju.”


SKOP ATAU BIDANG PERSIDANGAN

i. Kependudukan, Pembangunan Lestari dan Pertumbuhan Ekonomi Inklusif;
ii. Kehidupan Keluarga di Era Endemik;
iii. Wanita, Kesaksamaan Gender dan Kesihatan Reproduktif;
iv. Penduduk dan Kesan Perubahan Iklim & Pemanasan Global; dan
v. Penduduk Muda, Potensi dan Corak Masa Depan Negara.


UCAPTAMA


Dr. Asa Torkelsson

Perwakilan Tetap, United Nations Population Fund (UNFPA) Malaysia

 

MODERATOR & PANEL

 

YBhg. Dr. Anjli Doshi

Mantan Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), LPPKN

 

YBrs. Tn Haji Abdul Shukur Abdullah

Ketua Pengarah, LPPKN

 

YBhg. Prof. Dr. Siti Aishah Hassan

Pensyarah, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia


YBrs. En. Abdullah Monshie 

Ketua Jabatan Kepakaran Pengurusan Sumber Manusia

PETRONAS


YBhg. Dato’ Prof. Ulung Dr. Rajah Rasiah

Pengarah, Institut Asia-Eropah, Universiti Malaya

 

YBhg. Dato’Sri Dr. Mohd. Uzir Mahidin

Ketua Perangkawan Malaysia, Jabatan Perangkaan Malaysia

 

YBhg. Datin Paduka Dr. Fatimah Mohamed Arshad

Felo, Laboratori Kajian Dasar Pertanian dan Makanan, Universiti Putra Malaysia

 

YBhg. Prof. Dr. Jomo Kwame Sundaram

Penasihat Penyelidik, Khazanah Research Institute

 

YBhg. Dr. Zainah binti Shariff

Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara

 

YBrs. Cik Tan Huey Ning

Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia

 

YBrs. Dr. Wan Hilya Munira Mustapha

Ketua Unit Kesihatan Reproduktif, LPPKN

 

YBrs. Dr. June Low

Pendidik, Kyoto University Graduate School of Medicine, Japan

 

PANDUAN PENGHANTARAN KERTAS KERJA

Arahan Khusus kepada Pengarang

1.    Margin - Manuskrip mesti berada dalam jarak satu, ukuran fon 12 di Times New Roman dan semua margin: 1.5 inci (kiri) dan 1 inci (atas, kanan dan bawah).
2.    Panjang - Manuskrip maksimum 15 halaman (termasuk rujukan, lampiran, jadual dan maklumat grafik).
3.    Jadual - mesti diletakkan sebagai sebahagian daripada teks. JANGAN melampirkan jadual di akhir manuskrip.
4.    Perisian - Manuskrip mesti dihantar dalam bentuk MS Word SAHAJA.
5.    Tajuk - Ditulis dengan huruf besar, bold, saiz 14 dan berpusat.
6.    Pengarang - Nama, alamat, e-mel dan nombor hubungan semua pengarang, fon 12, Times.
7.    Abstrak - antara 250-350 perkataan "Times New Roman" bersaiz 12.
8.    Kata kunci - tidak boleh lebih daripada LIMA kata kunci.
9.    Tajuk / sub-tajuk - Ditulis dengan huruf besar, bold, saiz 12 dan margin kiri.
10.    Jadual / Angka - tajuk jadual / gambar hendaklah ditulis di bahagian atas jadual / gambar. Times New Roman, huruf 12, bold, huruf kecil, berpusat.
11.    Rujukan - Harus ada di bahagian terakhir artikel (sebelum lampiran / lampiran), mengikut urutan abjad, mengikut gaya Persatuan Psikologi Amerika (APA).

Contoh format abstrak dan kertas kerja boleh di muat turun di menu "Conference" dan sub-menu "Download"


PELUANG PENERBITAN

Penerbitan dalam Journal Berindeks
Penerbitan Buku (Chapter in Book)
Prosiding dengan e-ISSN


Sebarang pertanyaan dan urusan lanjut boleh hubungi:

Sekretariat Persidangan
Emel: sekretariat.perkks@gmail.com
Tel: +603 8928 0577
Tel Mudah-alih: +6017 – 732 1669 (Mr. Zesdyzar), +6017 – 213 2785 (Ms. Rozie)

Maklumat Lanjut: https://mprh.lppkn.gov.my/
Pendaftaran atas Talian: 
https://submit.confbay.com/conf/perkks22


DIANJURKAN OLEH


 
Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat


ANJURAN BERSAMA

Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya (UM)


United Nations Population Fund (UNFPA)

DENGAN KERJASAMA

 
WMIT Group Sdn Bhd



REGISTRATION AND SUBMISSION TIPS

1. Registration and submission of abstract, poster, full paper/camera-ready must be done electronically through the online submission system.

2. For First time user, click on the "Registration" menu to create ConfBay Account, and proceed for conference registration by logging in the system. For existing ConfBay user, proceed Login.

3. You must enter a valid email address. All notification will be sent via registered email.

4. If you wish to make submission, please register as "Presenter".

5. Click on "Online Submission" menu to submit your full paper / manuscript, and follow the procedure.

6. Before you proceed to register online, please ensure readiness of the following necessary documents:-

a. For Student - Scanned Copy of Student ID
b. Manuscript - Abstract / Full Paper