PENDAFTARAN DAN PENGHANTARAN KERTAS KERJA
Untuk
Persidangan Kependudukan Kebangsaan 2025 (PERKKS 25)
19-21 November 2025
M Hotel / Eastin Hotel / Sunway Putra / Sheraton KL, Malaysia
LATAR BELAKANG
Menyedari akan kepentingan kependudukan dan kekeluargaan di Malaysia, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui agensinya Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) akan menganjurkan Persidangan Kependudukan Kebangsaan 2025 (PERKKS 25) pada 19 - 21 November 2025 (Rabu dan Khamis) bertempat di Hotel di sekitar Kuala Lumpur (M Hotel / Eastin Hotel / Sunway Putra / Sheraton KL). Selain membincangkan isu semasa dan cabaran dinamik penduduk dan keluarga, penganjuran persidangan memberi peluang kepada para penyelidik untuk membentangkan hasil penyelidikan mereka serta mengusulkan cadangan penambahbaikan terhadap polisi dan dasar sedia ada.
Sejak tahun 2006, penganjuran persidangan kependudukan telah diadakan setiap tahun mengikut tema dan bidang penyelidikan yang ditentukan. Bagi penganjuran kali ini, tema yang telah dipilih untuk Persidangan Kependudukan Kebangsaan 2025 (PERKKS 25) ialah Megatrend Penduduk dan Dinamil Keluarga: Cabaran untuk Masa Depan Lebih Berkualiti. Enam (6) bidang utama akan diulas pada persidangan ini meliputi (i) Trend Kesuburan, Kematian dan Migrasi serta Implikasinya Terhadap Pertumbuhan dan Struktur Penduduk; (ii) Transisi Demografi dan Implikasinya Terhadap Kebajikan Sosial, Pasaran Buruh dan Dasar Awam; (iii) Isu Gender, Pemerkasaan Wanita dan Keluarga, Penjagaan Serta Pengabaian Kanak-kanak dan Warga Emas; (iv) Interaksi Penduduk dan Alam Sekitar, Kesan Pertumbuhan Penduduk Terhadap Sumber Asli, Perubahan Iklim, dan Pembangunan Mampan; (v) Dasar dan Program Kependudukan dan Pembangunan, Merangkumi Perancangan Keluarga, Kesihatan Reproduktif, Pendidikan, dan Strategi Pengurangan Kemiskinan; dan (vi) Kaedah pengumpulan, Analisis dan Penyebaran Data Untuk Penyelidikan dan Dasar Kependudukan.
OBJEKTIF
Objektif utama penganjuran persidangan ini ialah:
1. Untuk mengupas dan membincangkan isu dan cabaran dinamik penduduk serta hubung kait dengan pembangunan negara;
2. Untuk menyediakan platform bagi para akademik dan penyelidik untuk membentangkan hasil penyelidikan
dalam bidang berkaitan kependudukan dan kekeluargaan dan kesihatan reproduktif serta menghasilkan usul-usul
cadangan yang boleh diketengahkan; dan
3. Menyediakan draf laporan “Menangani Kejatuhan Kesuburan di Malaysia” hasil daripada Expert Meeting on
Family Dynamic, Practice and Policy.
TEMA
“Megatrend Penduduk dan Dinamik Keluarga: Cabaran untuk Masa Depan Lebih Berkualiti.”
SKOP ATAU BIDANG PERSIDANGAN
i. Trend Kesuburan, Kematian dan Migrasi serta Implikasinya Terhadap Pertumbuhan dan Struktur Penduduk;
ii. Transisi Demografi, Penuaan, Migrasi dan Urbanisasi Serta Implikasinya Terhadap Kebajikan Sosial,
Pasaran Buruh dan Dasar Awam;
iii. Isu Gender, Pemerkasaan Wanita dan Keluarga, Penjagaan serta Pengabaian Kanak-kanak dan Warga Emas;
iv. Interaksi Penduduk dan Alam Sekitar, Kesan Pertumbuhan Penduduk Terhadap Sumber Asli, Perubahan Iklim,
dan Pembangunan Mampan;
v. Dasar dan Program Kependudukan dan Pembangunan, Merangkumi Perancangan Keluarga, Kesihatan Reproduktif,
Pendidikan, dan Strategi Pengurangan Kemiskinan; dan
vi. Kaedah pengumpulan, Analisis dan Penyebaran Data Untuk Penyelidikan dan Dasar Kependudukan.
PANDUAN PENGHANTARAN KERTAS KERJA
Arahan Khusus kepada Pengarang
1. Margin - Manuskrip mesti berada dalam jarak satu, ukuran fon 12 di Times New Roman dan semua margin: 1.5 inci (kiri) dan 1 inci (atas, kanan dan bawah).
2. Panjang - Manuskrip maksimum 15 halaman (termasuk rujukan, lampiran, jadual dan maklumat grafik).
3. Jadual - mesti diletakkan sebagai sebahagian daripada teks. JANGAN melampirkan jadual di akhir manuskrip.
4. Perisian - Manuskrip mesti dihantar dalam bentuk MS Word SAHAJA.
5. Tajuk - Ditulis dengan huruf besar, bold, saiz 14 dan berpusat.
6. Pengarang - Nama, alamat, e-mel dan nombor hubungan semua pengarang, fon 12, Times.
7. Abstrak - antara 250-350 perkataan "Times New Roman" bersaiz 12.
8. Kata kunci - tidak boleh lebih daripada LIMA kata kunci.
9. Tajuk / sub-tajuk - Ditulis dengan huruf besar, bold, saiz 12 dan margin kiri.
10. Jadual / Angka - tajuk jadual / gambar hendaklah ditulis di bahagian atas jadual / gambar. Times New Roman, huruf 12, bold, huruf kecil, berpusat.
11. Rujukan - Harus ada di bahagian terakhir artikel (sebelum lampiran / lampiran), mengikut urutan abjad, mengikut gaya Persatuan Psikologi Amerika (APA).
Pautan untuk memuat turun kertas contoh - Muat turun Contoh Kertas
TARIKH PENTING
• Penghantaran Abstrak: 30 Jun 2025
• Notifikasi Penerimaan Abstrak: 15 Julai 2025
• Penghantaran Kertas Kerja Penuh: 30 Julai 2025
• Notifikasi Penerimaan Kertas Kerja Penuh: 15 Ogos 2025
• Penghantaran Kertas Kerja Penuh Disemak: 30 Ogos 2025
KAEDAH PEMBENTANGAN
• Lisan (Oral) atau Poster
• Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
Peluang Penerbitan:
• Penerbitan dalam Journal Berindeks
• Prosiding dengan e-ISSN
Sebarang pertanyaan dan urusan lanjut boleh hubungi:
Sekretariat Persidangan
Emel: sekretariat.perkks@gmail.com
Tel: +603 8890 3062
Tel Mudah-alih: +6017 – 732 1669 (whatsapp)
Maklumat Lanjut: https://mprh.lppkn.gov.my/
Pendaftaran atas Talian: https://submit.confbay.com/conf/perkks25
DIANJURKAN OLEH
Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
ANJURAN BERSAMA
Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya (UM)
United Nations Population Fund (UNFPA)
MERCK Malaysia
DENGAN KERJASAMA
WMIT Group Sdn Bhd
REGISTRATION AND SUBMISSION NOTES
1. Registration and submission of abstract, poster, full paper/camera-ready must be done electronically through
the online submission system.
2. For First time user, click on the "Registration" menu to create ConfBay Account, and proceed for conference
registration by logging in the system. For existing ConfBay user, proceed Login.
3. You must enter a valid email address. All notification will be sent via registered email.
4. If you wish to make submission, please register as "Presenter".
5. Click on "Online Submission" menu to submit your full paper / manuscript, and follow the procedure.
6. Before you proceed to register online, please ensure readiness of the following necessary documents:-
a. For Student - Scanned Copy of Student ID
b. Manuscript - Abstract / Full Paper