•
PENDAFTARAN DAN PENGHANTARAN KERTAS KERJA
Untuk

Persidangan Kependudukan Kebangsaan 2026 (PERKKS26)
National Population Conference 2026
3 - 5 November 2026
Hive 5 Auditorium, MRANTI Park, Bukit Jalil, Kuala Lumpur
LATAR BELAKANG
BACKGROUND
Menyedari akan kepentingan kependudukan dan kekeluargaan di Malaysia, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui agensinya Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) akan menganjurkan Persidangan Kependudukan Kebangsaan 2026 (PERKKS26) pada 3 - 5 November 2026 (Selasa hingga Khamis) bertempat di Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur. Selain membincangkan isu semasa dan cabaran dinamik penduduk dan keluarga, penganjuran persidangan memberi peluang kepada para penyelidik untuk membentangkan hasil penyelidikan mereka serta mengusulkan cadangan penambahbaikan terhadap polisi dan dasar sedia ada.
Sejak tahun 2006, penganjuran persidangan kependudukan telah diadakan setiap tahun mengikut tema dan bidang penyelidikan yang ditentukan. Bagi penganjuran kali ini, tema yang telah dipilih untuk PERKKS26 ialah Menilai Realiti Penduduk, Merangka Masa Depan Keluarga. Enam (6) bidang utama akan diulas pada persidangan ini meliputi (i) Trend Kesuburan, Kematian dan Migrasi serta Implikasinya Terhadap Pertumbuhan dan Struktur Penduduk; (ii) Transisi Demografi dan Implikasinya Terhadap Kebajikan Sosial, Pasaran Buruh dan Dasar Awam; (iii) Isu Gender, Pemerkasaan Wanita dan keluarga, Penjagaan Serta Pengabaian Kanak-Kanak dan Warga Emas; (iv) Interaksi Penduduk dan Alam Sekitar, Kesan Pertumbuhan Penduduk Terhadap Sumber Asli, Perubahan Iklim, dan Pembangunan Mampan; (v) Dasar dan Program Kependudukan dan Pembangunan, Merangkumi Perancangan Keluarga, Kesihatan Reproduktif, Pendidikan, dan Strategi Pengurangan Kemiskinan; dan (vi) Kaedah Pengumpulan, Analisis dan Penyebaran Data untuk Penyelidikan dan Dasar Kependudukan.
Recognizing the importance of population and family matters in Malaysia, the Ministry of Women, Family and Community Development (KPWKM), through its agency the National Population and Family Development Board (LPPKN), will be organizing the National Population Conference 2026 (PERKKS26) from 3 - 5 November 2026 (Tuesday to Thursday) at Hive 5 Auditorium, MRANTI Park, Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Besides discussing current issues and the dynamic challenges of population and families, the conference also provides an opportunity for researchers to present their research findings and propose suggestions for improvements to existing policies and practices.
Since 2006, the organization of population conferences has been held every year according to the theme and research field determined. For this time, the theme chosen for PERKKS26 is Assessing Population Realities, Shaping the Future of Families. Six (6) main areas will be reviewed at this hearing including: (i) Environment, Effects of Population Growth on Natural Resources, Climate Change, and Sustainable Development; (ii) Population and Development Policies and Programs, Including Family Planning, Reproductive Health, Education, and Poverty Reduction Trends in Fertility, Mortality, and Migration and Their Implications for Population Growth and Structure; (iii) Demographic Transition, Aging, Migration, and Urbanization and Their Implications for Social Welfare, Labor Market, and Public Policy; (iv) Gender Issues, Women and Family Empowerment, Child and Elderly Care and Neglect; (v) Interaction Between Population and Strategies; and (vi) Methods of Data Collection, Analysis, and Dissemination for Population Research and Policy.
OBJEKTIF
OBJECTIVE
Objektif utama penganjuran persidangan ini ialah:
i. Untuk mengupas dan membincangkan isu dan cabaran dinamik penduduk semasa serta hubung kait
dengan pembangunan negara; dan
ii. Untuk menyediakan platform bagi para akademik dan penyelidik dalam dan luar negara untuk
membentangkan hasil penyelidikan dalam bidang berkaitan kependudukan, kekeluargaan dan kesihatan
reproduktif serta menghasilkan usul-usul cadangan yang boleh diketengahkan.
The main objectives of organizing this conference are:
i. To explore and discuss the issues and challenges of the current population dynamics and their relation to national development; and
ii. To provide a platform for academics and researchers from both local and international backgrounds to present research findings in areas related to population, family, and reproductive health, as well as to produce proposals that can be put forward.
TEMA
THEME
“Menilai Realiti Penduduk, Merangka Masa Depan Keluarga”
"Assessing Population Realities, Shaping the Future of Families."
SKOP ATAU BIDANG PERSIDANGAN
SCOPE OR FIELD OF THE CONFERENCE
i. Trend Kesuburan, Kematian dan Migrasi serta Implikasinya Terhadap Pertumbuhan dan Struktur Penduduk;
ii. Transisi Demografi, Penuaan, Migrasi dan Urbanisasi Serta Implikasinya Terhadap Kebajikan Sosial,
Pasaran Buruh dan Dasar Awam;
iii. Isu Gender, Pemerkasaan Wanita dan Keluarga, Penjagaan serta Pengabaian Kanak-kanak dan Warga Emas;
iv. Interaksi Penduduk dan Alam Sekitar, Kesan Pertumbuhan Penduduk Terhadap Sumber Asli, Perubahan Iklim,
dan Pembangunan Mampan;
v. Dasar dan Program Kependudukan dan Pembangunan, Merangkumi Perancangan Keluarga, Kesihatan Reproduktif,
Pendidikan, dan Strategi Pengurangan Kemiskinan; dan
vi. Kaedah pengumpulan, Analisis dan Penyebaran Data Untuk Penyelidikan dan Dasar Kependudukan.
i. Environment, Effects of Population Growth on Natural Resources, Climate Change, and Sustainable Development;
ii. Population and Development Policies and Programs, Including Family Planning, Reproductive Health, Education, and Poverty Reduction Trends in Fertility, Mortality, and Migration and Their Implications for Population Growth and Structure;
iii. Demographic Transition, Aging, Migration, and Urbanization and Their Implications for Social Welfare, Labor Market, and Public Policy;
iv. Gender Issues, Women and Family Empowerment, Child and Elderly Care and Neglect;
v. Interaction Between Population and Strategies; and
vi. Methods of Data Collection, Analysis, and Dissemination for Population Research and Policy.
PANDUAN PENGHANTARAN KERTAS KERJA
Arahan Khusus kepada Pengarang
1. Margin - Manuskrip mesti berada dalam jarak satu, ukuran fon 12 di Times New Roman dan semua margin: 1.5 inci (kiri) dan 1 inci (atas, kanan dan bawah).
2. Panjang - Manuskrip maksimum 15 halaman (termasuk rujukan, lampiran, jadual dan maklumat grafik).
3. Jadual - mesti diletakkan sebagai sebahagian daripada teks. JANGAN melampirkan jadual di akhir manuskrip.
4. Perisian - Manuskrip mesti dihantar dalam bentuk MS Word SAHAJA.
5. Tajuk - Ditulis dengan huruf besar, bold, saiz 14 dan berpusat.
6. Pengarang - Nama, alamat, e-mel dan nombor hubungan semua pengarang, fon 12, Times.
7. Abstrak - antara 250-350 perkataan "Times New Roman" bersaiz 12.
8. Kata kunci - tidak boleh lebih daripada LIMA kata kunci.
9. Tajuk / sub-tajuk - Ditulis dengan huruf besar, bold, saiz 12 dan margin kiri.
10. Jadual / Angka - tajuk jadual / gambar hendaklah ditulis di bahagian atas jadual / gambar. Times New Roman, huruf 12, bold, huruf kecil, berpusat.
11. Rujukan - Harus ada di bahagian terakhir artikel (sebelum lampiran / lampiran), mengikut urutan abjad, mengikut gaya Persatuan Psikologi Amerika (APA).
Pautan untuk memuat turun kertas contoh - Muat turun Contoh Kertas Kerja
TARIKH PENTING
IMPORTANT DATES
Penghantaran Abstrak: 30 Jun 2026
Notifikasi Penerimaan Abstrak: 15 Julai 2026
Penghantaran Kertas Kerja Penuh: 30 Julai 2026
Notifikasi Penerimaan Kertas Kerja Penuh: 15 Ogos 2026
Penghantaran Kertas Kerja Penuh Disemak: 30 Ogos 2026
Abstract Submission: 30 June 2026
Abstract Acceptance Notification: 15 July 2026
Full Paper Submission: 30 July 2026
Full Paper Acceptance Notification: 15 August 2026
Camera-ready Paper Deadline: 30 August 2026
KAEDAH PEMBENTANGAN
PRESENTATION METHODS
• Lisan (Oral) atau Poster
• Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
• Oral or Poster
• Malay or English
Peluang Penerbitan:
Publication Opportunities:
• Penerbitan dalam Journal Berindeks
• Prosiding dengan e-ISSN
• Publication in Indexed Journals (MyJurnal, MyCite & Scopus)
• Proceedings with e-ISSN
Sebarang pertanyaan dan urusan lanjut boleh hubungi:
For more information, please contact:
Sekretariat Persidangan
Conference Secretariat
Emel/Email: sekretariat.perkks@gmail.com
Tel/Phone: +603 8890 3062
Tel Mudah-alih/Mobile: +6017 – 732 1669 (whatsapp)
Pengumuman/Brosur: Muat turun Pengumuman
Maklumat Lanjut: https://mprh.lppkn.gov.my/
Pendaftaran atas Talian: https://submit.confbay.com/conf/perkks26
Annoucement/Brochure: Download Announcement
Website, Registration & Submission: https://submit.confbay.com/conf/perkks26
More Information: https://mprh.lppkn.gov.my/
DIANJURKAN OLEH
ORGANIZED BY
Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
National Population and Family Development Board (LPPKN)
Ministry of Women, Family and Community Development
ANJURAN BERSAMA
CO-ORGANIZED BY
Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya (UM)
Faculty of Business and Economics, University of Malaya (UM)
United Nations Population Fund (UNFPA)
MERCK Malaysia
DENGAN KERJASAMA
IN COLLABORATION
WMIT Group Sdn Bhd
REGISTRATION AND SUBMISSION NOTES
1. Registration and submission of abstract, poster, full paper/camera-ready must be done electronically through
the online submission system.
2. For First time user, click on the "Registration" menu to create ConfBay Account, and proceed for conference
registration by logging in the system. For existing ConfBay user, proceed Login.
3. You must enter a valid email address. All notification will be sent via registered email.
4. If you wish to make submission, please register as "Presenter".
5. Click on "Online Submission" menu to submit your full paper / manuscript, and follow the procedure.
6. Before you proceed to register online, please ensure readiness of the following necessary documents:-
a. For Student - Scanned Copy of Student ID
b. Manuscript - Abstract / Full Paper
