Seminar Antarabangsa Psikolinguistik IV (SEAPSIL IV)
10 - 11 Oktober 2017
TH Hotel Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA
PENGENALAN
Seminar ini akan dianjurkan bersama oleh Persatuan Psikolinguistik Malaysia (PERSIMA) dan Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia dengan kerjasama Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Kota Kinabalu, Sabah.
PENERBITAN
Hanya makalah peserta yang telah membayar yuran seminar akan dimuatkan dalam Prosiding SEAPSIL IV. Kertas kerja terpilih akan diterbitkan dalam Jurnal Pertanika (Mahawangsa). Semua makalah yang dihantar hendaklah dalam lingkungan kebolehterimaan indeks persamaan (Similarity Index) turnitin.com tidak melebihi 30%.
Penerbitan Isu Khas akan diterbitkan secara elektronik dalam Jurnal Kajian Malaysia tertakluk kepada terma dan kadar bayaran penerbitan untuk ranked journal list Scopus dan ERA. Lihat http://web.usm.my/km/
Selepas SEAPSIL4, mereka yang berhasrat untuk mengemukakan makalah kepada Pertanika Journal of Social Sciences & Humanities (JSSH), sila rujuk peraturan dalam www.pertanika.upm.edu.my/JSSH.php
FORMAT ABSTRAK / MAKALAH
Abstrak yang tidak melebihi 200 patah perkataan, ditulis dalam dua bahasa, iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Kata kunci tidak melebihi 5.
Penulisan makalah mestilah tidak melebihi 6000 patah perkataan, tidak termasuk rujukan dan abstrak; ditaip menggunakan kertas bersaiz A4 dengan jarak langkau dua baris dan menggunakan rupa taip (font) Times New Roman bersaiz 12 poin.
Penulisan rujukan perlu mengikut gaya American Psychological Association (APA). Penulisan makalah merangkumi perkara-perkara yang berikut, iaitu Pengenalan (Introduction), Bahan (Material), Kaedah (Method), Keputusan (Result), Perbincangan (Discussion), Kesimpulan (Conclusion).
Penulis tidak dibenarkan menghantar makalah yang sama untuk pertimbangan serentak oleh dua atau lebih penerbitan. Makalah yang dihantar tidak boleh telah diterbitkan sama ada sebahagian atau keseluruhannya dalam penerbitan yang lain atau telah diterbitkan sepenuhnya dalam bentuk prosiding. Sila rujuk Kod Etika Jurnal Pertanika untuk mendapatkan maklumat yang rinci (http://www.pertanika.upm.edu.my/).
PENDAFTARAN DAN PENGHANTARAN MAKALAH
Penghantaran kertaskerja perlu melalui "Online System". Klik pada "Online Submission" dan patuhi arahan selanjutnya.
PENGANJUR
KINABALU PINE RESORT, KUNDASANG SABAH |