powered by www.confbay.com

Important Dates (GMT +8:00)

  1. Abstract Deadline: 16 September 2020
  2. Abstract Acceptance Notification: 16 September 2020
  3. Full Paper Deadline: 27 September 2020
  4. Participant Registration Deadline: 7 December 2020

Announcement

SEMASYUR has move the date from 20 Oct 2020 to 08 Dis 2020 due to Covid-19 Pandemic.


We welcome to public for registration at azka.zakat.com.my/SEMASYUR.


No registration FEE require for participants/listener on this event



LATAR BELAKANG

Institusi Zakat adalah institusi yang bertanggungjawab dalam menguruskan kutipan dan agihan zakat. Objektif utama zakat adalah mencapai keadilan sosio-ekonomi. Zakat adalah alternatif terhadap kekurangan di dalam sistem ekonomi sekular di mana fokus utama zakat adalah untuk mengurangkan ruang kemiskinan melalui pemindahan dana dari golongan kaya ke mereka yang memerlukan (asnaf). Zakat adalah Sistem Kewangan sosial Islam yang meletakkan kebajikan dan kesejahteraan seseorang sebagai objektif utama dalam mencapai keadilan sosial.

Agihan zakat yang terbaik dapat memastikan mereka yang memerlukan menikmati kesejahteraan hidup. Ia adalah tanggungjawab dan amanah Institusi zakat untuk mencapai objektif zakat itu sendiri iaitu mencapai keadilan sosio-ekonomi.

Terdapat pelbagai model dan inovasi kontemporari yang boleh di aplikasikan oleh institusi zakat bagi mencapai tadbir urus yang terbaik. Sedia maklum maqasid syariah merupakan kayu ukur dalam menjamin kemaslahatan umat manusia. Dengan tadbir urus berdasarkan maqasid syariah, maka tadbir urus intitusi zakat dapat memenuhi kehendak syariah.

Oleh itu, Akademi Zakat (AZKA), Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP) terpanggil untuk menganjurkan Seminar Maya Maqasid Syariah dan Tadbir Urus (SEMASYUR 2020) ini untuk merealisasikan hasrat tersebut meliputi konsep Tadbir urus dan Maqasid Syariah.


OBJEKTIF SEMINAR

i.    Meneroka kaedah maqasid syariah dalam tadbir urus Institusi Zakat.
ii.    Berkongsi hasil penyelidikan dan dapatan kajian akademik berkaitan model Tadbir Urus Institusi Zakat ke arah memperkasa pengurusan dan pembangunan institusi Zakat.
iii.    Mewujudkan jaringan kerjasama antara industri dan Universiti.


TEMA    

Memperkasa Tadbir Urus Institusi Zakat di Malaysia Berpandukan Maqasid Syariah


SUB-TEMA    

Model dan isu kontemporari maqasid syariah dan tadbir urus meliputi aspek:
•    Hukum
•    Amalan / mekanisme
•    Pendidikan
•    Pengurusan
•    Penyelidikan
•    Perundangan
•    Penguatkuasaan
•    Pelaburan
•    Inovasi dan berkaitan


PELUANG PENERBITAN SEMASYUR 2020

•    e-Proceeding SEMASYUR 2020 dengan ISBN
•    Special Issue The Journal of Muamalat and Islamic Finance Research (JMIFR), akan diterbitakan pada Januari 2021
•    Special Issue AZKA International Journal Of Zakat & Social Finance (AZJAF)akan diterbitakan pada Januari 2021
•    Sijil penyertaan / pembentangan


ANUGERAH

•    RM300 bagi Kertas Kerja Terbaik
•    RM300 bagi Pembentangan Terbaik


PENDAFTARAN & PENGHANTARAN KERTAS KERJA

•    Mesti dibuat melalui sistem Confbay
•    Klik "Registration" untuk membuat akaun Confbay dan terus membuat pendaftaran persidangan dengan log masuk ke sistem.
•    Klik "Online Submission" untuk menghantar kertas kerja penuh. Format penulisan boleh dimuat turun di "download".


PERTANYAAN


ANJURAN BERSAMA