powered by www.confbay.com

Important Dates (GMT +8:00)

  1. Abstract Deadline: 15 June 2026
  2. Abstract Acceptance Notification: 20 June 2026
  3. Full Paper Deadline: 15 July 2026
  4. Acceptance Notification: 10 August 2026
  5. Camera-ready Paper Deadline: 20 August 2026

Announcement

Call For Papers

Seminar Warisan Nabawi Peringkat Antarabangsa Kali Ke-10 2026 (SWAN X)
2-3 September 2026
Bukhari Centre, Tashkent, Uzbekistan

Seminar Warisan Nabawi Peringkat Antarabangsa Kali Ke-10 2026 (SWAN X)
2-3 September 2026
Bukhari Centre, Tashkent, Uzbekistan


Dunia hari ini berdepan dengan ketidaktentuan yang merangkumi konflik antarabangsa, tekanan ekonomi, krisis kemanusiaan serta perubahan sosial dan teknologi yang memberi kesan kepada kesejahteraan emosi dan spiritual manusia. Dalam menghadapi situasi ini, pendekatan material semata-mata tidak mencukupi, sebaliknya manusia memerlukan panduan menyeluruh yang membina kekuatan dalaman, sebagaimana yang terkandung dalam warisan Nabawi. Sejarah kepimpinan Rasulullah SAW menunjukkan kebijaksanaan Baginda dalam mengurus cabaran kompleks melalui keseimbangan antara prinsip dan fleksibiliti serta usaha dan tawakkal. Justeru, Seminar Warisan Nabawi Peringkat Antarabangsa Kali Ke-10 dianjurkan sebagai platform ilmiah untuk membincangkan peranan warisan ini dalam menangani ketidakstabilan global, menghimpunkan sarjana untuk memperkaya wacana berasaskan al-Quran dan al-Sunnah. Pemilihan Bukhari Centre di Tashkent, Uzbekistan pula mencerminkan nilai simbolik dan akademik yang tinggi sebagai pusat tradisi keilmuan Islam, sekali gus memperkukuh jaringan kerjasama antarabangsa dan peranan FPQS, USIM di peringkat global.

TEMA
Warisan Nabawi dalam Menerajui Era Ketidakstabilan Global

Sub-Tema
i.    Kepimpinan Rasulullah SAW dalam menghadapi krisis
ii.    Sirah Nabawiyyah sebagai panduan membina ketahanan masyarakat
iii.    Nilai rahmah dan keadilan dalam menangani konflik
iv.    Hubungan antara masyarakat dan negara dalam perspektif Nabawi
v.    Peranan hadis dalam membentuk ketenangan jiwa ketika krisis
vi.    Pendekatan Sunnah dalam menangani isu kemanusiaan
vii.    Akhlak Rasulullah SAW sebagai asas keamanan sejagat
viii.    Isu pelarian dan perpindahan manusia dari sudut pandang Islam
ix.    Cabaran ekonomi dan nilai etika dalam Sunnah
x.    Peranan maklumat dan penyebaran berita dalam perspektif hadis
xi.    Kesejahteraan emosi dan mental dalam sirah Rasulullah SAW
xii.    Pengurusan masyarakat pelbagai latar belakang menurut Sunnah
xiii.    Hubungan antara ilmu wahyu dan realiti semasa
xiv.    Sumbangan ulama hadis dalam memahami cabaran zaman
xv.    Keseimbangan antara kekuatan, nilai dan kemanusiaan dalam pendekatan Nabawi

PENERBITAN
•    E-Proceeding Seminar (E-ISSN)
•    Jurnal berwasit/MyCite (Maalim, JOHS & JQSS) dengan yuran tambahan.
•    Kertas kerja terpilih akan dicadangkan untuk penerbitan dalam jurnal Malaysian Journal of Syariah and Law (MJSL) berindeks SCOPUS, tertakluk kepada syarat dan yuran tambahan.

Format Abstrak / Templat Kertas Penuh
https://drive.google.com/drive/folders/1dqOWKo1VEU39BE9r0XQTIZ_XKcHjbYsx?usp=sharing

Registration and Submission

a. Registration and submission of Full Paper must be done electronically through the online submission system.
    •  Click on the "Registration" menu to create ConfBay Account and proceed for conference registration 
        by logging in the system.
    •  Click on "Online Submission" menu to submit your abstract(s) / full paper.

b. Abstract and Full Paper Format - Strictly follow the template which can be downloaded at "Download menu"


CONTACT US

Secretariat
Seminar Warisan Nabawi Peringkat Antarabangsa Kali Ke-10 (SWAN X)
Fakulti Pengajian Quran & Sunnah, 
Universiti Sains Islam Malaysia, 
Bandar Baru Nilai, 
71800 Nilai, Negeri Sembilan

Official e-mail: conferencefpqs@usim.edu.my

KINABALU PINE RESORT, KUNDASANG SABAH

MALAYSIA